Aku yakin kamu semua sudah tahu mengenai hal ini. Hal AdindaEvans. Cantik nama gelaran yang di beri. Ala-ala Juliana Evans, gadis muka mat-salleh yang di gilai ramai. Tetapi, mengapa mesti Evans ya? Kerana Juliana terlalu bersosial? Haha, mungkin lah. Itu kamu kena tanya Sam Bunkface. Jangan tanya aku. Kerana aku dan Juliana hanya kawan biasa saja. Tak lebih, tak kurang. Cuma aku boleh katakan Juliana baik orangnya. Sama seperti Tizz Zaqyah. Peramah dan murah hati. Terima kasih ya Tizz?
Tapi, Adinda Evans. Aku belum kenal lagi. Kecewa dan sedikit terkilan.
Andaikata lah aku mempunyai kuasa untuk mengenali semua orang kan bagus? Boleh aku mengambil tahu hal-ehwal orang lain dan memandang berat terhadap masalah yang mereka alami. Berkongsi kegembiraan? Itu pasti. Apatah lagi kalau perkara-perkara yang sedap. Buas.
Opss, aku bukan hendak menjadi stalker atau menjaga tepi kain orang ya? Sudah aku beritahu tadi bahawa aku hanya mahu mengambil berat itu sahaja.
Walaubagaimanapun, aku tidak akan ada kuasa sebegitu. Kuasa aku, dan mungkin kamu, bahkan Perdana Menteri, adalah terhad untuk mengenali SEMUA orang di Malaysia ini. Ia mustahil. Tak mungkin dan tidak dapat dipercayai.
Cuma aku pelik, jika kamu tidak mengenali Adinda Evans dengan lebih rapat, kejadah apakah kamu tanpa segan silu memaki dia dengan begitu bongkak ya? Kamu kenal ibu bapa dia? Kamu kenal adik-beradiknya? Lebih tepat, adakah kamu tahu kehidupannya 24 jam dan tahu apa masalah-masalah yang dia hadapi?
Aku yakin ramai antara kamu semua akan menjawab tidak!, Tapi...
Ya, ada tapi. Aku faham. Aku mengerti. Tunggu dulu, biar aku habiskan penulisan ini.
Terus-terang aku beritahu kepada kalian. Usah kita terlalu emosi dalam hal ini. Usah kita berlagak menjadi ustaz dan ustazah 'typical instant' seperti yang selalu kita lihat dalam akhbar. Berfikirlah secara waras. Berfikirlah dengan seimbang. Berkatalah dengan adil. Aku tidak rasa ia merupakan sesuatu yang adil (meletakkan sesuatu hak di tempat yang betul) apabila kamu memberi ulasan sebegini ;
"Woi betina, masuk nerakalah kau. Umur baru 14 tahun dah menggatal dengan lelaki. Bodoh gila. Tambah bodoh bila bangga kata diri takde dara. Kau boleh masuk neraka betina!"
Kenapa aku katakan tidak adil? Terang-terang sudah ulasan sebegini adalah ulasan orang yang terikut emosi. Orang yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dan aib orang lain. Komen orang yang tak layak menjadi sebahagian masyarakat progresif. Kalau kamu rasa kamu sudah memberi komen sebegini atau seakan begini, tak mengapa. Nanti kamu perlu hanya ringankan tangan untuk memadam semula atau menarik balik. Boleh?
Atau cuba kita lihat ulasan sebegini ;
"Astaghfirullah. Adik tak tau apa itu maruah. Allah Taala menyuruh hambanya menutup aib orang lain apatah lagi aib diri sendiri. Membuka pekung sendiri itu adalah dilarang sama sekali. Nauzubillah. Bertaubat lah dik. Boyfriend adik itu bukan kekal"
Bagaimana? Ya, aku pasti kalian rasa ini adalah ulasan yang baik. Tetapi, tidak bagi aku. Aku rasa ianya juga tidak adil. Apa orang kata? Ini adalah ulasan golongan #serbanitas ya? Baiklah, aku cuma hairan. Mengapa kita perlu menggunakan ulasan dengan hujah keagamaan, di tambah dengan surah-surah terpilih kepada gadis berumur 14 tahun ya? Jika seorang gadis berumur 25 tahun, aku mungkin boleh terima dan katakan ia sebagai adil. Tapi, untuk gadis berumur 14 tahun yang masih tidak tahu dalam mengenal 'apa itu kemanisan mempunyai Tuhan dan petunjuk-Nya', ia sama sekali tidak logik. Gadis ini tidak matang dalam berkata-kata dan kehidupan, apakah kamu fikir dia akan automatik matang dengan hal ehwal keagamaan? Jadi, aku memang rasa ulasan sebegini tidak sesuai dan hanya akan mengelirukan keadaan terutama kepada gadis tersebut.
Ada ramai lagi gadis seperti Adinda Evans di luar sana. Aku yakin, dan kamu juga pasti tahu. Mendidik gadis remaja yang bersekolah bukan mudah apatah lagi di dedahkan dengan cinta. Kita tidak harus sebenarnya terlalu ketat sehingga perlu menghina, memaki dan mengejek. Mengajar dengan berselirat hujah keagamaan. Kita tidak harus sebenarnya terlalu longgar sehinga berdiam diri sampai perlu mengatakan 'kubur asing-asing'. Yang kita perlu ialah kesederhanaan dalam mendidik. Menanamkan psikologi yang baik kepada pemikiran dia. Itu yang aku rasa penting.
Jika aku mengenali Adinda Evans, akan aku katakan kepada dia ;
Minta maaflah kepada ibu dan ayah kamu. Mereka sepatutnya di dahulukan. Kamu perlu sedar yang kamu telah berbuat silap. Kamu berbuat silap kerana kamu alpa dan terlupa dengan ibu bapa. Jika Adinda tiada ibu bapa, tak mengapa. Minta maaflah kepada orang tua yang menjaga Adinda. Jangan pedulikan kata-kata mereka yang menghina. Kerana mereka tidak mengenal kamu sepenuhnya. Lagipun, itu juga yang kamu sering katakan sebelum ini kan? Don't judge a book by its cover. Betul? Or, don't judge a people by him/her skin. It's okay?
Kamu boleh bercinta. Tuhan tidak melarang percintaan. Hanya orang gila sahaja yang melarang percintaan. Melarang couple. Kerana mereka terlalu paranoid. Tapi, cintailah Sang Pencipta lebih dari segalanya, kerana kamu perlu tahu Sang Pencipta sentiasa setia mendengar keluhan, kesedihan dan kegembiraan kamu setiap masa. Kamu boleh menyintai seseorang lelaki yang kamu minat. Cuma, kamu perlu mencari cinta yang tepat. Bukan dengan lelaki yang membiarkan kamu terkapai-kapai apabila kamu mengandung, apabila kamu sudah tiada dara, dan apabila kamu berada dalam masalah yang besar.
Lelaki yang tidak patut di cintai ialah lelaki yang tidak setia. Lelaki sebegitu, elok di terajang saja. Campak dalam Sungai Klang atau lemparkan ke dalam lombong-lombong di Puchong. Kalau kamu hendak mencari lelaki yang setia, memang aku cadangkan penulis je. Haha
Sekian, semoga memberi input.
*Tak guna menyesal kemudian hari :)


haha. nice post :) yeaah. actly, diorg takyah nak maki-2 dia kan? masih budak :D
ReplyDeletememaki bukan cara yang benar untuk membetulkan kesilapan orang lain, saya rasa Adinda sendiri tercari-cari dirinya yang sebenar, orang ramai hanya tahu menghentam namun bukan menasihat. Kalau dilihat di laman Facebook Adinda, dia sendiri sudah fed up dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya, apa yang dia perlukan adalah bimbingan dan nasihat, nobody's perfect tapi kita bisa belajar berubah sedikit demi sedikit.
ReplyDelete